• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kini Sudah Capai Taraf Khadam DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PANJANG – Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha mendakwa perpecahan yang berlaku di dalam Pas sehingga terbahagi dua merupakan satu gerakan yang diokestrakan oleh Dap dalam usaha meraih sokongan dan undi daripada rakyat, khususnya orang Melayu di negara ini.

Beliau berpandangan bahawa perpecahan di dalam Pas sehingga mewujudkan satu parti baru ini sememangnya dirancang secara teliti di mana ianya juga bertujuan untuk memecah belahkan kekuatan Pas itu sendiri.

Norman Toha; “Saya berpandangan bahawa perpecahan itu merupakan satu perpecahan yang dirancang, yang diokestrakan oleh Dap apabila mereka melihat pimpinan Pas sejak akhir-ahir ini tidak berapa selesa dengan pembawaan dan pendekatan Dap dalam mendapatkan kekuasaan di negara ini.

“Bila Dap sudah merasakan bahawa Pas sudah mula berundur sedikit demi sedikit daripada menjadi imej kuda tunggangan Dap untuk mendapatkan kuasa, maka Dap merancang secara teliti dalam gerakan untuk memecah belahkan Pas sehingga wujud satu parti daripada serpihan perpecahan tersebut seperti yang kita lihat hari ini.

“Kalau dulu Pas mereka jadikan sebagai kuda tunggangan dalam usaha untuk memenangi orang Melayu di negara ini, tetapi kali ini parti baru itu akan menjadi lebih daripada kuda tunggangan oleh Dap yang saya sifatkan parti baru itu sebagai khadam kepada Dap,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau percaya bahawa perpecahan tersebut dirancang dengan teliti dan rapi kerana beberapa sebab di mana antara sebabnya ialah, Dap memerlukan satu imej Melayu dan Islam dalam rangka kerja untuk mengambil kuasa di negara ini.

“Dap tahu untuk berkuasa di negara ini, mereka mesti ada imej atau berkongsi imej Melayu dan Islam. PKR bukan imej Melayu dan Islam. Di Malaysia ini, kita tidak dapat nafikan parti yang mempunyai imej seperti itu yang menjadi teras perjuangannya ialah Pas dan juga UMNO.

“UMNO sudah ada di dalam BN dan pakatan pembangkang mesti mempunyai imej yang sama seperti UMNO di dalam BN, jadi mereka memujuk Pas untuk bersama. Tetapi bila Pas melihat cara dan budaya kerja Dap di dalam pakatan harapan yang terlalu rasis dan cauvinis, sehingga menampakkan atau menzahirkan pendekatan politik mereka itu sebagai anti Melayu dan anti Islam, maka Pas berundur.

“Maka bagi menggantikan Pas, maka Dap mula menyusun gerakan untuk memecah belahkan Pas sehingga akhirnya beberapa orang kepimpinan Pas yang diketuai oleh Mat Sabu keluar dari Pas dan menubuhkan PAN. Sepanjang proses tersebut kita dapat lihat bagaimana Dap menjadi orang di sebalik tabir yang bekerja keras untuk menampilkan PAN sebagai sebuah parti berimejkan Melayu dan Islam bagi menggantikan Pas.

“Sememangnya kita tidak dapat nafikan lagi bahawa perpecahan di kalangan parti Melayu ini merupakan menjadi harapan kepada golongan pemimpin dan penyokong Dap yang berideologikan rasis dan cauvinis untuk mengukuhkan pengaruh dan sokongan mereka dalam usaha untuk berkuasa di negara ini,” tegasnya. – MediaUMNO

Tags: DAPPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd