• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Sumbang RM90,000 Kepada MAWILLA 1

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menyampaikan sumbangan bernilai RM90,000 kepada Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM).

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata RM70,000 daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada tujuh unit di MAWILLA 1 untuk digunakan pada penganjuran majlis sambutan Aidilfitri.

Manakala baki RM20,000 adalah sumbangan kepada penganjuran pelbagai aktiviti kelolaan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), tambahnya.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak adalah tanda untuk kita berterima kasih kepada pihak keselamatan yang memastikan perairan negara bebas ancaman musuh,” katanya semasa berucap pada Majlis Sepetang Pelayaran Ramadan dan Berbuka Puasa di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang di sini malam tadi.

Turut hadir Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid.

Terdahulu Adnan yang menyertai Latihan Perang Tioman menerusi KD Terengganu melahirkan rasa kagum terhadap semangat, kerjasama dan komitmen semua pegawai serta anggota TLDM dalam melaksanakan tugas mereka.

“Walaupun tempoh penyertaan saya dalam latihan ini singkat, saya dapati seluruh anggota KD Terengganu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cekap. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

“Walaupun dalam bulan Ramadan, mereka tetap bersemangat. Bulan Ramadan bukan bulan untuk kita bercuti seperti mereka yang tetap komited melaksanakan tugas masing-masing dan sangat peka dengan arahan pegawai atasan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pahangsumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

Tengku Zafrul Beri Sumbangan Kepada Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi sumbangan kepada Persatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd