• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nizar Eksploit Allah, Kantoi Jual Tanah Harga Tinggi

oleh
07/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang sepatutnya berlangsung dalam suasana tenang sempena bulan Ramadan nampaknya dicemari oleh ceramah berbaur pengeksploitan Allah SWT.

Ini terbukti menerusi ceramah bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin anjuran Parti Amanah Negara (PAN) di Kampung Sayong Lembah di sini lewat Isnin yang turut dihadiri Presidennya, Mohamad Sabu.

ADUN Changkat Jering yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAN di peringkat kebangsaan itu tergamak biadap mempergunakan nama Allah sebagai bahan modal ceramah beliau yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang tersebut.

Mohamad Nizar mendakwa konon Allah mengubah Pakatan Rakyat yang diwujudkan pada 2008 dibubarkan untuk menjadi Pakatan Harapan tahun lalu bagi ‘menangani’ kezaliman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, beliau mendakwa Allah sengaja memilih PRK berlangsung di Bandar Diraja Perak tersebut sebagai memulangkan ‘buah paku keras’ kepada Najib yang biadap menumbangkan Pakatan Rakyat pada 2009 lalu.

Konon nahas helikopter mengorbankan ahli parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il bulan lalu bagi memberi laluan kepada PRK sebenarnya petunjuk Allah ‘mengajar’ Najib dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu ketika memulakan ceramah, Mohamad Nizar menyifatkan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak ‘reti bahasa’ apabila terdesak mencalonkan balu allahyarham, Datin Mastura Mohd. Yazid yang masih bersedih lagi.

Kononnya langkah BN itu sebagai tidak menghormati budaya dan melanggar tertib kerana tempoh edah wanita tersebut belum habis, sekali gus ‘membantai’ UMNO enggan memilih ramai lagi calon lain yang lebih berkelayakan.

Beliau ternyata menyorok fakta bahawa Najib waima Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir merujuk isu itu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terlebih dahulu sebelum memilih Mastura sebagai calon BN.

Malangnya, dalam menyampaikan ceramah secara menjerit itu, Mohamad Nizar tanpa disedari ‘kantoi’ apabila mendakwa pentadbiran 11 bulan beliau sebagai menteri besar berjaya menjual banyak tanah pada harga tinggi.

Konon mengamalkan pendekatan tender terbuka, langkah penjualan tanah di kawasan strategik itu membuktikan Mohamad Nizar hanya tahu ‘gadai’ tanah kepada pihak luar yang berjaya membida dengan tawaran paling tinggi.

Akibatnya banyak tanah di Perak khasnya kawasan bandar sepatutnya dikhaskan untuk kepentingan bumiputera ‘terlepas’ kepada orang luar demi meraih pulangan hasil dalam masa singkat tanpa memikirkan kesan geopolitik.

Ternyata, di sebalik Mohamad Nizar berbangga zaman beliau menjadi menteri besar konon sebagai hebat, tetapi terdedah cerita ia sebenarnya dicapai dengan cara mudah – jual tanah terbuka kepada sesiapa sahaja yang kaya.

Mungkin ramai masih ingat bagaimana Mohamad Nizar memberi geran pajakan tanah 999 tahun kepada kaum Cina hanya untuk mendapat undi masyarakat Tionghua walaupun dibantah keras oleh pelbagai badan Melayu tempatan.

Tidak hairanlah pentadbiran beliau hanya mampu bertahan kurang setahun sahaja dan bayangkan jika Mohamad Nizar memerintah lebih lama, berapa banyak lagi tanah di Perak tergadai kepada pihak asing? – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Mat Sabu Tersasul Silap Sebut Nama Tempat

Next Post

Indah Ruhaila Selamatkan Budak 2 Tahun Sesat Di JPO

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

Indah Ruhaila Selamatkan Budak 2 Tahun Sesat Di JPO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd