Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Kekuatan Mental Penting Hadapi...

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14...

Hampir 2,000 Tonton ‘Wheely’...

SHAH ALAM - Kira-kira 2,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan orang ramai...

Sultan Selangor Sifatkan Mahathir...

MURKA... Sultan Selangor bersuara lagi mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia lanjutan daripada...

Gambar Resit Restoran Pak...

SEKEPING gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Pak Din Sajian Melayu tersebar di...

Nik Abduh Manusia Angkuh – DAP

KUALA LUMPUR – “Saya kesal dengan sikap angkuh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz,” tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook.

Tegas beliau, Nik Mohamad Abduh seorang manusia yang tidak mengenang jasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana sewaktu era reformasi pembangkang 1998.

Dakwa beliau, PAS pada waktu itu memenangi kerajaan Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan pembangkang yang digerakkan oleh Anwar.

“(Nik Mohamad Abduh) sebagai seorang Ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh

“Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli-ahli akar umbi PAS kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan ucapan Nik Muhammad Abduh di Muktamar Pemuda PAS semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

“Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh; kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)?,” kata Siew Fook.


Tegas beliau, berdasarkan rekod Pakatan Rakyat, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.

Justeru, kata beliau, soal PAS meminjamkan kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali.

Malah, katanya, PAS yang mendapat kelebihan semasa bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi terutama di Perak, Selangor dan Johor.

“PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang tetapi untuk menuntut semula pinjaman yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP,” tegasnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori