• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Morais Terima Proton Perdana Lepas Naik Pangkat

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Spanco Sdn Bhd (Spanco), syarikat pemegang kontrak kenderaan kerajaan, mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sebuah kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais selepas kenaikan pangkatnya.

Eksekutif Akaun Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Pelanggan Spanco Norazmi Abd Sani berkata kenderaan itu diberikan selepas pihak syarikat menerima surat daripada Kementerian Kewangan yang meluluskan permohonan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Proses agihan (kenderaan) bermula dari pihak jabatan itu sendiri. Jabatan akan memohon kepada Kementerian Kewangan dan setelah diluluskan, pihak kementerian akan mengeluarkan surat agihan kepada Spanco sebelum kenderaan tersebut diagihkan kepada pegawai yang layak,” katanya.

Saksi ke-24 pihak pendakwaan itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais yang hari ini masuk hari ke-13.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Norazmi, 32, yang berkhidmat di Spanco sejak 2013, bertanggungjawab menyelia keseluruhan kenderaan, termasuk kenderaan rasmi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Saksi memberitahu terdapat tiga jenis kenderaan disediakan kepada pegawai kerajaan yang layak, berpangkat Jusa C, Jusa B, Jusa A dan ke atas.

“Bagi Jusa C dan B, pegawai layak menerima kenderaan jenis Proton Inspira 2.0 dan Proton Perdana 2.0, manakala bagi Jusa A dan ke atas, mereka layak menerima Proton Perdana 2.4,” katanya.

Beliau berkata terdapat dua warna yang dikeluarkan bagi Proton Perdana 2.0 iaitu hitam dan kelabu, bagaimanapun hanya warna kelabu sahaja dibekalkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Peguam Negara Ismail Ahmad, 58, memberitahu Proton Perdana tersebut diberikan kepada Kevin Morais selepas beliau dinaikkan pangkat kepada Jusa B.

“Ketika menjawat pangkat Jusa C, beliau diberikan sebuah kenderaan Proton Inspira. Kemudian selepas dinaikkan pangkat Jusa B, beliau diberi sebuah Proton Perdana 2.0 Standard berwarna kelabu,” jelasnya.

Saksi ke-25 pihak pendakwaan itu berkata Jabatan Peguam Negara menerima kenderaan tersebut pada 7 November 2014 sebelum ia diserahkan kepada Kevin Morais pada 11 November 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd