• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meriah! RISDA Rai 130 Anak Yatim Dan Penghuni Madrasah

oleh AK-47
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus membantu golongan yang memerlukan dengan meraikan seramai 130 orang anak yatim dalam majlis iftar yang diadakan di ibu pejabat RISDA, di sini, hari ini.

Anak yatim yang diraikan merupakan penghuni daripada tiga madrasah dan rumah anak yatim di sekitar ibu negara iaitu Madrasah Tahfiz Al-Quran Shazwan, Rumah Bakti Nur Ain dan Rumah Raudhatul Al-Faeez.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 6.30 malam itu dimulakan dengan persembahan nasyid RISDA bagi menyambut ketibaan tetamu, sebelum diteruskan dengan sumbangan kepada madrasah dan rumah anak yatim berkenaan.

RISDA turut menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Islamic Relief, selain pemberian saguhati kepada 80 kakitangannya sebanyak RM50 seorang serta peserta Tadarus al-Quran RISDA.

risdaa2

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, majlis tahunan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) RISDA bagi meraikan mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya harap bantuan yang dihulurkan dapat sedikiti sebanyak membantu anak yatim dan penghuni madrasah memeriahkan sambutan Aidilfitri masing-masing,” katanya.

Semua sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut mengambil kesempatan menyampaikan duit raya kepada warga madrasahh dan kesemua rumah kebajikan.

risdaaaa

Dalam majlis itu, tetamu turut diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh adik Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, iaitu juara pertama rancangan Tahfiz Muda terbitan Astro Oasis.

Majlis berakhir dengan  solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. -MYNEWSHUB.CC

Tags: buka puasaIftarRisda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

RISDA Lancar Pelan Tingkat Taraf Hidup Pekebun Kecil

23/08/2022
0

REMBAU - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melancarkan pelan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA yang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd