Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Terima Lima Aduan...

KANGAR - Polis Perlis menerima lima aduan berkaitan not RM100 palsu sejak 1...

Presiden MIC Ditentang Enam...

SUNGAI SIPUT : Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran berdepan saingan enam...

TPM Arah KPN Lebih...

PUTRAJAYA - Perbuatan terbaharunya sengaja tunjuk gambar menerusi Facebook sedang guna kertas yang...

Guru Dakwa Diasingkan Di...

IPOH : Video seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang guru diasingkan oleh pihak...

Mastura Miliki Kelebihan, Mampu Bawa Suara Rakyat

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid diyakini mampu membawa suara rakyat di kawasan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata Mastura yang merupakan balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad merupakan pendamping setia suaminya sepanjang berkhidmat sebagai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Mastura merupakan pendamping yang setia dan sentiasa ada bersama Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika hayatnya. Itu kelebihan beliau.

“Beliau banyak meluangkan masa bersama Allahyarham, rakyat di sini kenal siapa calon walaupun beliau tidak dapat berkempen tetapi diwakili anak-anaknya,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media bagi PRK Kuala Kangsar di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata selaku pendamping kepada wakil rakyat sebelum ini, ia merupakan satu kelebihan kepada Mastura berbanding tiga calon lain.


Mastura, 55, tidak dapat menyertai kempen BN kerana masih dalam edah selama empat bulan 10 hari susulan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Sebelum menjadi Anggota Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il Anuar pernah menjadi ADUN Bukit Chandan bagi tempoh 2004 hingga 2013.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas dengan pengundian dijadual pada 18 Jun, manakala undi awal ditetapkan pada 14 Jun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori