Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

‘Ratu Maut’ Dihukum Penjara...

BEKAS tentera wanita Crotia yang digelar “Ratu Maut” dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun...

Anggota Rela Pantau Keselamatan...

LAHAD DATU - Kira-kira 500 anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di...

Lelong Kenderaan Rasmi, Kerajaan...

KERAJAAN baharu Pakistan telah memulakan lelongan sekitar 100 buah kenderaan milik kerajaan, tindakan...

Perkembangan Pencemaran Positif, Pusat...

PASIR GUDANG - Seramai 44 pesakit masih dirawat di hospital susulan pencemaran sisa...

Malaysia Layak Ke Pusingan Ke-3 Selepas Benam Timor Leste

JOHOR BAHRU – Malaysia mengesahkan slot ke saingan kumpulan pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2019 selepas menewaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi kedua perlawanan playoff di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mara ke peringkat akhir kelayakan Piala Asia dengan agregat 6-0 selepas mencatatkan keputusan sama pada aksi pertama di venue sama, Khamis lepas.

Pemain Melaka, Khair Jones melakarkan nama pada penampilan pertama bersama Harimau Malaysia apabila membuka tirai jaringan dengan rembatan menerjah jaring gawang lawan pada minit ke-15.

Pada babak kedua, Malaysia menambah jaringan menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57 sebelum pemain gantian, S. Chantru menutup tirai jaringan pada minit ke-67.


Pusingan kelayakan terkhir Piala Asia 2019 dijangka berlangsung pada 28 Mac tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori