• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Tiga Rakan Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

UALA LUMPUR – Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang penganggur, awal bulan ini.

Mohd Syahmi Afiq Salehuddin, 27, bekas pegawai perisikan tentera, Mohd Readzuan Yaacop, 34, peniaga dalam talian dan Izzad Izzaidi Fuad Rosman, 28, pembantu perubatan sebuah hospital, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mohd Syahmi Afiq dan Mohd Readzuan didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun itu di sebuah rumah di Pandan Mewah, di sini antara 6 pagi hingga 12.30 tengah hari, 6 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Izzad Izzaidi Fuad pula didakwa telah memasukkan objek iaitu jari ke dalam dubur mangsa yang sama di lokasi dan pada waktu dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan satu kesalahan serius dan dikhuatiri ketiga-tiga tertuduh akan menganggu mangsa dan saksi.

Mohd Syahmi Afiq dan Mohd Readzuan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan mereka perlu menanggung keluarga selain memberitahu mereka tidak mengenali mangsa secara rapat kerana berkenalan hanya melalui aplikasi We Chat.

Peguam MK Thas yang mewakili Izzad Izzaidi Fuad memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh masih bekerja dengan sebuah hospital kerajaan dan berpendapatan RM3,000 sebulan perlu menyara keluarga.

Hakim Azrul membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu mereka perlu melapor diri setiap sebulan sekali di Balai Polis Ampang sehingga kes selesai dan dilarang menganggu mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahSeks Luar Tabii
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd