• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Cukai Jeti: LKIM Tunggu Kenyataan Rasmi K’jaan Selangor

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa kerajaan Selangor segera menyatakan pendirian dalam isu cukai jeti yang dicadang akan dikenakan kepada nelayan negeri itu.

Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Azmin Ali wajar meneliti dahulu akan kesusahan yang wujud dalam kalangan nelayan dan bukannya mengundang derita mereka.

“Sehingga kini, saya masih menantikan kenyataan rasmi daripada kerajaan Selangor bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang caj pendaratan bagi setiap bot nelayan yang ada di Selangor sebanyak RM600, tetapi alih-alih saya dengar, mereka bercadang akan kenakan caj inventori pula.

“Manakan inventori dilakukan oleh kerajaan negeri di atas jeti kepunyaan kerajaan Persekutuan? Ini satu perkara yang tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran LKIM bersama media di sini hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengeluarkan cadangan untuk mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun ke atas lebih 5,000 nelayan di negeri itu.

Cadangan itu dikatakan turut melibatkan bayaran cukai ke atas penggunaan jeti-jeti yang dibina oleh kerajaan Pusat, swasta dan jeti seliaan LKIM.

Justeru, menurut Anggota Parlimen Kuala Selangor itu, perkara tersebut adalah penting dinyatakan segera terutama sekali untuk menghilangkan kegelisahan nelayan di seluruh Selangor.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya kerajaan negeri melaksanakan kutipan itu, beliau bimbang berhubung masa depan golongan berkenaan.

“Saya harap perkara ini tidak benar sebab saya khuatir nelayan akan pupus dan mereka ini akan hilang punca rezeki.

“Saya juga khuatir pada musim perayaan ini, akan timbul kebimbangan harga ikan akan naik dan akan membebankan pembeli,” katanya.

Pada masa kini, terdapat 52 jeti nelayan yang dibina kerajaan Persekutuan, selain jeti swasta yang lain, di Selangor. – BERNAMA

Tags: Kerajaan SelangorLKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd