Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Ustaz Kazim Serah Al...

IPOH - Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di...

Reman Timbalan Pengarah Kanan...

PUTRAJAYA – Tempoh reman Timbalan Pengarah Kanan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Dynas Mokhtar Akui Dah...

AKHIRNYA teka-teki mengenai status sebenar perkahwinan aktres cantik, Dynas Mokhtar terjawab selepas empunya...

Badan Kawal Selia, Penguatkuasaan...

BANGI - Kelestarian melalui tadbir urus yang baik akan menjamin sesebuah institusi terutamanya...

Lelaki Menyamar PASKAL Ditahan, Siap Bawa Senjata Api

TEMBERANG seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota ‘komando’ berakhir apabila dia ditahan unit polis peronda lebuh raya (MPV) ketika memandu sebuah van di kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.45 pagi itu, beberapa kelengkapan seperti senjata api, dua pistol, tiga senapang, 77 butir peluru, walkie talkie, jaket kalis peluru serta beberapa alatan lain ditemui di dalam van terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan A. Asmadi Abd Aziz, suspek yang mengenakan pakaian seragam Pasukan Khas Laut (PASKAL) dilihat begitu curiga ketika disoal dan pada mulanya enggan memberi kerjasama kepada anggota polis untuk membuat pemeriksaan pada kenderaannya.

Curiga dengan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan laju, anggota MPV kemudian menahannya sebelum mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa PASKAL dengan memberi alasan tertinggal di rumah,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, suspek yang berusia 41 tahun itu pernah mempunyai rekod lampau menyamar sebagai anggota tentera pada tahun 2012 dan telah dikenakan penjara enam bulan dipercayai mengulangi perbuatan yang sama pada kali ini dan turut mengakui terlalu meminati seragam anggota tentera.

Bagaimanapun kita akan terus melakukan siasatan, memandangkan suspek memakai pakaian seragam tentera dalam masa sedemikian dan membawa senjata tiruan yang bukan sahaja menimbulkan keraguan malah perbuatannya menyamar penjawat awam juga merupakan kesalahan,” katanya.


Baju kalis peluru skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) palsu turut dirampas.

Sementara itu dalam laporan Sinar Harian, suspek dikatakan memperoleh pakaian seragam PASKAL setelah dibeli di sebuah pasaraya di ibu negara  dan senjata pula secara atas talian.

Siasatan awal juga mendapati suspek mengakui membeli pakaian seragam tentera di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dan senjata tiruan diperolehi melalui pembelian secara online dari negara Hong Kong.

Kita belum dapat pastikan sama ada suspek melakukan kegiatan penjualan senjata tiruan dan apa tujuan dia memakai pakaian tentera serta membawa senjata tiruan terbabit segalanya masih dalam siasatan,” katanya.

Suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960  serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori