• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Menyamar PASKAL Ditahan, Siap Bawa Senjata Api

oleh AK-47
01/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMBERANG seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota ‘komando’ berakhir apabila dia ditahan unit polis peronda lebuh raya (MPV) ketika memandu sebuah van di kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 3.45 pagi itu, beberapa kelengkapan seperti senjata api, dua pistol, tiga senapang, 77 butir peluru, walkie talkie, jaket kalis peluru serta beberapa alatan lain ditemui di dalam van terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan A. Asmadi Abd Aziz, suspek yang mengenakan pakaian seragam Pasukan Khas Laut (PASKAL) dilihat begitu curiga ketika disoal dan pada mulanya enggan memberi kerjasama kepada anggota polis untuk membuat pemeriksaan pada kenderaannya.

“Curiga dengan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan laju, anggota MPV kemudian menahannya sebelum mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa PASKAL dengan memberi alasan tertinggal di rumah,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambahnya, suspek yang berusia 41 tahun itu pernah mempunyai rekod lampau menyamar sebagai anggota tentera pada tahun 2012 dan telah dikenakan penjara enam bulan dipercayai mengulangi perbuatan yang sama pada kali ini dan turut mengakui terlalu meminati seragam anggota tentera.

“Bagaimanapun kita akan terus melakukan siasatan, memandangkan suspek memakai pakaian seragam tentera dalam masa sedemikian dan membawa senjata tiruan yang bukan sahaja menimbulkan keraguan malah perbuatannya menyamar penjawat awam juga merupakan kesalahan,” katanya.

Baju kalis peluru skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) palsu turut dirampas.

Sementara itu dalam laporan Sinar Harian, suspek dikatakan memperoleh pakaian seragam PASKAL setelah dibeli di sebuah pasaraya di ibu negara  dan senjata pula secara atas talian.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengakui membeli pakaian seragam tentera di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dan senjata tiruan diperolehi melalui pembelian secara online dari negara Hong Kong.

“Kita belum dapat pastikan sama ada suspek melakukan kegiatan penjualan senjata tiruan dan apa tujuan dia memakai pakaian tentera serta membawa senjata tiruan terbabit segalanya masih dalam siasatan,” katanya.

Suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960  serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. -MYNEWSHUB.CC

Tags: menyamarpaskalTenteraTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gelandangan Dakwa Diangkut DBKL, Ditinggal Jauh Dari KL

Next Post

Ezany Nizariff Mahu Berubah, Perbaiki Amalan

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Next Post

Ezany Nizariff Mahu Berubah, Perbaiki Amalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd