Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Minta Maaf Pada Rakyat”...

KUALA LUMPUR - “Saya maafkan tapi apa yang mustahak minta maaf pada rakyat.” Itu...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 126 orang setakat 9...

Rafizi Ubah Tuduhan `Lambat...

KUALA LUMPUR - Pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli tiba-tiba mengubah tuduhannya berhubung...

Aishah Terima Banyak Tajaan...

SEMALAM, isu penyanyi Aishah yang dikatakan tidak mendapat tajaan dalam program Gegar Vaganza...

Lelaki ‘Ajar’ Isteri Dengan Memalsukan Penculikan Cucu

SEORANG lelaki menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mengajar isterinya yang disifatkan cuai iaitu dengan memalsukan penculikan cucu mereka.

Ketika itu, isterinya membawa cucu mereka membeli belah di Wuhan, China, apabila secara tiba-tiba cucunya hilang selepas ditinggalkan sekejap di luar kedai, semasa kanak-kanak tersebut bermain dengan kereta mainan.

Wanita itu kemudiannya mencari cucunya di merata tempat dan akibat tertekan, dia telah pengsan.

Keadaan ini memaksa polis melancarkan pencarian besar-besaran bagi mengesan kanak-kanak itu yang bernama Qian Qian.

Pemantauan melalui CCTV kemudiannya mendapati kanak-kanak itu dibawa oleh seorang lelaki berusia-50an dan tidak lama selepas itu, polis menerima laporan kanak-kanak lelaki itu dilihat di sebuah kampung.


Sebaik tiba di kampung berkenaan, polis mendapati kanak-kanak itu berada bersama datuknya dan lelaki itu mengaku dia telah memalsukan penculikan berkenaan kerana isterinya terlalu cuai dalam menjaga cucu mereka.

Justeru katanya, isterinya itu perlu diajar. Tindakan lelaki berkenaan bagaimanapun dikecam polis kerana menyusahkan pihak berkuasa. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori