• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Laksanakan AES Agar Jalan Raya Lebih Selamat

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan secepat mungkin.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata langkah itu perlu bagi mengelak ramai yang kehilangan nyawa akibat nahas jalan raya pada musim sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Jumlah kemalangan maut semasa Hari Raya ialah lebih kurang 22 sehari, kemalangan pula 1,450 sehari, manakala jumlah kematian paling tinggi ialah di jalan perbandaran dan persekutuan.

“Pengguna motosikal pula menyumbang 60 peratus daripada jumlah kematian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Idris berkata dengan meningkatkan persepsi orang ramai bahawa mereka akan ditangkap sekiranya melakukan kesalahan di jalan raya, kesalahan trafik akan berkurangan, manakala jalan raya pula menjadi lebih selamat.

Menurut beliau, jumlah kereta di jalan raya meningkat daripada 22.6 juta kepada 31.2 juta dalam masa 10 tahun lepas dan ini menjadikan jalan raya sesak, terutama pada musim cuti.

Di samping melaksanakan AES, Idris juga mencadangkan agar semua kenderaan pengangkutan awam diwajibkan menjalani pemeriksaan mekanikal sebelum memulakan perjalanan.

“Bukan setakat kenderaan sahaja yang perlu menjalani pemeriksaan, pemandu juga perlu menjalaninya untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah,” katanya.

Idris juga menasihati semua pemandu supaya mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya. – BERNAMA

Tags: AES
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin, Mukhriz Dipecat Selepas Laporan J/kuasa Disiplin

Next Post

PRU14: Tiada Kerjasama Politik PAS-UMNO

Related Posts

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

07/02/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai...

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

04/02/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak...

Next Post

PRU14: Tiada Kerjasama Politik PAS-UMNO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd