• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang Di Titiwangsa, Pemandu Bas Nyaris Maut

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas berdepan pengalaman ngeri apabila sebuah kren dari kawasan pembinaan berhampiran Jalan Titiwangsa di sini tumbang dan hampir menghempap bas yang sedang dipandunya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang Selasa, Idris Ham, 49, yang memandu bas Rapid KL menghala ke ibu negara bersama kira-kira 30 penumpang terkejut apabila kren tersebut nyaris-nyaris terkena tempat pemandu bas berkenaan.

“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Waktu itu saya hanya ingat mati kerana besi kren hampir mengenai bahagian atas tempat saya memandu.

“Ketika kejadian, kira-kira 30 penumpang turut berada dalam bas ini dan mereka semua terkejut,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan itu pada 7.15 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sejurus selepas itu, saya mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba Setapak ke tempat kejadian untuk memantau dan membantu mengalihkan kren tumbang itu,” katanya.

Azizan berkata dalam kejadian itu dua kereta turut terjejas tetapi tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. – mStar Online

Tags: baskren tumbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd