• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Marin Didakwa Terima Suapan RM200

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang anggota polis marin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM200 tahun lalu.

Koperal Norhazeni Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Roslan Hamid selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Dia didakwa memperoleh suapan RM200 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang melakukan kesalahan mengutip kepah menggunakan tangguk bergalah atau kor bergalah tanpa lesen, di kawasan gerai makanan berhampiran bulatan Queensbay Mall, Bayan Lepas dekat sini pada 26 Mei 2015 pukul 10.20 malam.

Norhazeni yang bertugas di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amin Yaacub menawarkan jaminan RM10,000 dan hakim membenarkan jumlah jaminan itu dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 29 Ogos ini untuk serahan dokumen serta tertuduh melantik peguam. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd