SEORANG lelaki berkongsikan sekeping gambar memaparkan isteri dan bayi mereka yang baru dilahirkan dengan bangga di media sosial.
Namun di luar jangkaannya, orang ramai nyata lebih minat memperkatakan tentang katil dan bukan anak atau isterinya.
Lelaki terbabit yang menulis kapsyen “hidup saya berubah pada hujung minggu” tidak hanya menerima ucapan tahniah tetapi ramai juga yang berperangai ‘tidak senonoh’ apabila menunjukkan minat mereka kepada katil dalam gambar berkenaan.
Ada antara mereka selamba bertanya di mana dia membeli katil tersebut selain ada juga yang begitu prihatin dan memperkatakan mengenai cadar yang renyuk.
“Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai kepala katil. Sanggup tidak tidur jika dapat katil begini,” itu antara komen yang diterimanya.
Namun seorang gadis yang mungkin bengang dengan komen-komen tidak masuk akal itu, akhirnya bersuara.
“Wanita itu baru memulakan hidup baru dan apa yang anda semua fikirkan adalah kepala katilnya?” soalnya di ruangan komen.
Apa agaknya perasaan lelaki berkenaan apabila gambar katilnya lebih mendapat perhatian berbanding isteri dan anak yang baru dilahirkan? - MYNEWSHUB.CC