• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Puteri UMNO Semporna Nafi Keluar Parti

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan dakwaan bahawa beliau turut mengambil tindakan keluar parti sebaliknya memilih untuk setia dalam UMNO dan meneruskan wadah perjuangan sehingga tamat tempoh penggal.

Zakiah turut menegaskan bahawa beliau masih lagi sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO di bahagian itu.

“Ini bagi menghormati mandat perwakilan puteri yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk meneruskan agenda wanita muda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr. Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti dan tindakan sama kononnya turut diambil tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda, Mohd. Aziz Jamman; Ketua Wanita, Manis Muka Dara termasuk Zakiah dan 300 lagi ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal.

Dalam pada itu, Zakiah berkata Pergerakan Puteri UMNO Semporna turut menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO mempercepat laporan siasatan tuduhan perlanggaran disiplin oleh Shafie bagi membolehkan akar umbi UMNO di Semporna khususnya anggota puteri meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

“Puteri UMNO Semporna sangat menghormati Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selaku pemimpin yang disegani dan disayangi.

“Walau bagaimanapun, kami juga menghormati ketetapan yang dibuat oleh MT UMNO selaku pucuk pimpinan parti.

“Keputusan ini amat sukar, tetapi demi kelangsungan survival wanita muda, maka ia adalah yang terbaik bagi semua anggota puteri UMNO Semporna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Puteri UMNOUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

01/04/2021
0

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd