Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hampir 20K Iklan Along...

KUANTAN - Hampir 20,000 iklan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak berlesen diturunkan oleh...

Mahasiswi Cun Tak Malu...

KALAU dilihat daripada wajahnya yang cantik menawan memang tak sukar untuk si gadis...

Hanya 4 Jualan Murah...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan...

Butik Mohon Maaf, Harris...

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa...

Kerana Sayang, Sanggup Terbangkan Katak Sejauh 800KM

APA yang akan anda lakukan sekiranya secara tidak sengaja telah mencederakan seekor binatang kecil seperti katak? Pastinya rasa bersalah dan buat ‘tak tahu’ je kan?

Lain pula ceritanya di Australia apabila seorang wanita sanggup membeli tiket kapal terbang demi membawa seekor katak ke sebuah klinik gara-gara tidak sengaja mencederakan haiwan amfibia itu.

Min Tims, wanita yang menetap di daerah Queensland dikatakan tidak sengaja mencederakan seekor katak ketika dia sedang memotong rumput di halaman rumahnya.

Menurut Min, dia terkejut besar setelah mendapati seekor katak terpelanting jauh sewaktu dia menggunakan mesin pemotong rumput, lalu mencederakan bahagian kepala haiwan itu.

Akibat berasa bersalah, dia segera menghubungi syarikat penerbangan Rex Airways lalu menempah tiket ke daerah Cairns yang dianggarkan sejauh 800 kilometer, demi mendapatkan rawatan kepada katak tersebut di sebuah institusi pemulihan haiwan khas.


Setibanya di pusat perubatan berkenaan, pakar doktor haiwan amfibia, Dr. Deborah Pergolotti memberitahu haiwan terbabit tercedera di dua bahagian rongga kiri kepalanya, membuatkan luka sedalam beberapa inci itu terkena jankitan kuman.

Namun setelah menerima rawatan lanjut di klinik berkenaan, katak yang pada mulanya menerima nasib malang itu bertukar tuah apabila dikhabarkan dalam proses penyembuhan dan beransur pulih.

Kisah kegigihan wanita lagi berhati mulia bernama Min Tims ini menerima pujian dari pecinta haiwan seluruh dunia lebih-lebih lagi cerita mengenai kisah katak itu turut dikongsikan oleh Deborah kepada rakan-rakanya di laman sosial. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori