Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Budak Maut Ditimpa Dinding...

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada...

“Saya Bukan Tak Laku...

PEMAIN bola sepak, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan keputusan dramatiknya untuk menceburi...

JBPM Buka Pengambilan 253...

BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kini membuka permohonan bagi...

Anggota Polis URB Parah...

KULIM: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera parah selepas terbabas ketika cuba...

Kerajaan Percepat Bayaran BR1M 2016 Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 bermula 15 Jun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 6 Julai 2016.

“Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga BR1M 2016 diawalkan mulai 15 Jun 2016 (Rabu).

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam Bajet 2016, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada empat peringkat.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 28 Januari 2016 dan peringkat kedua pada 28 April 2016.


Ahmad Husni seterusnya berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Menurutnya, mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada [email protected],” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori