Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Belajar Sampai PhD, Sekarang...

SHAH ALAM - Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia...

Mumia Tiga Jari Didakwa...

SEBAHAGIAN besar sainstis menganggap `mumia tiga jari’ yang ditemui di Peru, tahun lepas...

“Isu Perkauman, Islamofobia Racuni...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menegaskan isu...

Stesen Minyak Beroperasi Pada...

PUTRAJAYA - Stesen-stesen minyak di seluruh negara dikehendaki beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh...

Keputusan PRK Kuala Kangsar Dijangka Diketahui Seawal 9.30 Malam

KUALA KANGSAR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dijangka diketahui seawal 9.30 malam pada 18 Jun ini, kata Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abd Aziz Khaliddin hari ini.

Beliau berkata pengumuman keputusan itu sesuai dibuat selepas umat Islam selesai berbuka puasa dan menunaikan solat sunat Tarawih, memandangkan PRK itu diadakan semasa Ramadan.

“Saya rasa ia satu waktu yang sesuai dan memberi masa yang cukup untuk proses penjumlahan undi,” katanya ketika meninjau persiapan di Dewan Jubli Perak di sini, yang akan menjadi pusat penamaan calon PRK Kuala Kangsar esok.

Turut hadir Pengarah SPR Perak Ahmad Adli Abdullah.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


Sementara itu, Ahmad Adli menasihati pengundi di kawasan PRK Kuala Kangsar supaya menyemak pusat mengundi mereka bagi mengelakkan kekeliruan.

Semakan boleh dilakukan di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi beberapa kaunter di Terminal Bas Kuala Kangsar serta di hadapan Balai Polis Manong, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori