• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Usaha Tingkat Bekalan Air Bersih Di Kedah

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Meningkatkan keupayaan pembekalan air bersih ke luar bandar merupakan antara perkara yang akan diberi keutamaan dalam aspek peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Kedah.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat penerangan daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri bahawa bekalan air bersih merupakan isu mendesak yang perlu diberi perhatian segera.

“Isu ini berkaitan dengan keperluan menaik taraf loji-loji lama serta keperluan menukar saluran paip-paip lama agar penyaluran air akan menjadi lebih baik.

“Termasuk beberapa permohonan lain seperti pembinaan jalan, hari ini diserahkan kepada saya jangkaan kos yang diperlukan untuk menaik taraf sistem bekalan air di mana ia dilihat lebih mendesak daripada isu lain,” katanya pada sidang media di sini tanpa menyebut jumlah peruntukan yang dipohon.

Terdahulu, Ismail Sabri menerima kunjungan hormat barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan semua pegawai daerah yang diketuai Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan Datuk Mohd Tajudin Abdullah di pejabatnya di sini.

Dalam usaha membantu menangani isu bekalan air di negeri tersebut, Ismail Sabri berkata kementerian itu telah menyerahkan sebanyak RM26.5 juta kepada kerajaan Kedah melalui peruntukan khas tahun ini, khusus bagi menangani isu berkenaan.

Kementerian juga memperuntukkan sebanyak RM148.5 juta menerusi Program Transformasi Luar Bandar kepada Kedah tahun ini dengan separuh daripada dana berkenaan telah digunakan untuk pelbagai tujuan, katanya.

Selain itu, katanya perbincangan turut diadakan untuk membangunkan secara bersama Pulau Tuba, di Langkawi sebagai lokasi pelancongan desa, satu inisiatif ke arah menambahkan pendapatan penduduk.

Sementara itu, Mohd Tajudin berkata kerajaan negeri telah memohon RM250 juta melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk menambah baik dan mengatasi isu bekalan air bersih, khusus di lima daerah yang dianggap kritikal di negeri itu.

Daerah tersebut ialah Sik; Baling; Padang Terap; Kuala Muda dan Bandar Baharu, katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd