• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan BN Beri Peluang Kerajaan Majukan K. Kangsar

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar akan memberi peluang kepada kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menerusi kemenangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid itu nanti, ia membolehkan usaha menyambung legasi perjuangan arwah suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata beliau sendiri yang juga anak jati negeri Perak, akan turut bersama membawa suara rakyat di Parlimen sekiranya BN sekali lagi diberi mandat.

“Ini negeri kita takkan tidak tahu bagaimana mahu membalas budi di negeri tanah tumpah darah. Kalau yang lain dipilih tentu tidak dapat kita (kerajaan) terjemahkan dalam bentuk pembangunan,” kata Anggota Parlimen Bagan Datoh itu.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Program Perjumpaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bersama Pemimpin di Sekolah Kebangsaan Manong, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pengarah RELA Datuk Kamariah Mohd Noah.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menyeru anggota RELA untuk memberi sokongan padu kepada BN sebagai pentadbir kerajaan negeri di bawah pimpinan Zambry.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Kamariah berkata kemampuan RELA menjaga keselamatan negara semakin diyakini apabila jabatan itu bukan sekadar menjaga lalu lintas atau kenduri kahwin malah telah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan awam.

“Tahun ini sebanyak 44 jabatan telah memohon perkhidmatan anggota RELA mengawal keselamatan bangunan masing-masing dan anggota kita juga sedang melalui latihan pengurusan bencana.

“Transformasi itu membuktikan RELA mampu menjaga keselamatan awam selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Disember tahun lalu yang menyatakan RELA adalah barisan benteng kedua negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd