• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kata Pro-Tun Mahathir, Tapi Umur Pun Salah Sebut

oleh
14/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kata orang tua zaman dulu, kalau kerap sangat tersasul sebut sesuatu perkara, itu dikhuatiri petanda kurang baik. Dalam cakap mudah, individu itu mungkin tidak sengaja, jahil, merapu atau melalut ke laut!

Begitulah dapat disaksikan secara live lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini sehingga ada membuat ramalan, itu mungkin juga ‘alamat’ yang diberi oleh Allah secara tersirat menandakan kebesaran-Nya.

Ketika ramai tokoh pembangkang khasnya Parti Amanah Negara (PAN) begitu seronok ‘hentam’ Barisan Nasional (BN), banyak kesilapan fakta waima info paling mudah pun dapat dikesan pengamal media yang membuat liputan.

Lupakanlah media propembangkang yang pastinya akan ‘sorok’ perkara itu konon atas prinsip kebebasan bersuara, bagi masyarakat tempatan pula isu kesilapan fakta menyebabkan ada geleng kepala selain terpinga-pinga hairan.

Kecuali jenis totok undi PAN dan tegar tolak kebenaran disampaikan BN, bagi pengundi ‘atas pagar’ pula, ceramah pembangkang membuktikan mereka sanggup cakap apa sahaja meskipun sampai tahap bohong bodoh ala Mr. Bean!

Selain Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dikesan banyak auta maklumat, ramai tokoh terkenal mereka tidak ketinggalan seronok ‘merapu’ waima pada bulan suci, Ramadan al-Mubarak.

Antara kesilapan paling memalukan ialah rujukan umur Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila tinjauan dalam beberapa program anti-BN menyerlahkan lagi ‘kepelbagaian’ usia idola mereka itu daripada 91 sehingga 95 tahun.

Baca: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

tun-m-hpbd

hpbd tun m

hpbd tun m1

Mujur tiada yang sebut 100 tahun dan ke atas, namun paling mengaibkan kesalahan itu diucapkan pula di hadapan Mahathir sendiri, malahan lebih dahsyat ia tidak diperbetulkan oleh tokoh rejim diktator pujaan mereka tersebut.

Kenapa Mahathir enggan perbetul kesilapan usia yang diucapkan itu mencetuskan tanda tanya sama ada ini strategi beliau selepas ‘kantoi’ sambutan mewah majlis hari lahirnya ke-90 pada tahun lalu menjadi kutukan pelbagai pihak.

Bayangkan kebetulan ketika itu Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan hari lahir ke-62nya secara ringkas tahun lalu dengan bacaan doa selamat bersama kumpulan pelajar tahfiz, Mahathir pula jauh berbeza.

Gambar-gambar kemeriahan parti bertemakan James Bond bagi memperingati umur 90 tahun Mahathir tahun lalu anjuran kroni rapat beliau bertaraf bilionaire itu menjadi bahan sindiran netizen dan gagal ditangkis penyokongnya.

Memanglah ia ditaja kenalan akrab Mahathir yang berjaya mendapat pelbagai tender mega kerajaan sepanjang 22 tahun pemerintahannya, tetapi dalam usia sedemikian, kenapa berlangsung seolah-olah lebih Barat daripada Barat?

Barang kali, sejak insiden tersebut Mahathir ‘serang’ Najib tanpa henti termasuk sanggup bersekutu dengan pihak pembangkang yang sepanjang dua dekad pentadbiran beliau dahulu negarawan ini digelar firaun dan mahazalim.

Sebelum melalut, kepada yang belum tahu tarikh lahir Mahathir sebenarnya ialah 10 Julai 1925 yang diperbetulkan beliau sendiri sebelum bersara berbanding versi sebelum ini iaitu pada 20 Disember 1925. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biadap, Lelaki Israel Kritik Undang-Undang Malaysia

Next Post

Wanita Singapura Menang Ratu Cantik Gemuk Dunia

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

Wanita Singapura Menang Ratu Cantik Gemuk Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd