• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sita Lebih 100 Kereta Klon, Kerugian Cukai RM8 Juta

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita lebih 100 kenderaan klon dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata rampasan bermula Januari hingga Jun itu melibatkan kerugian dalam bentuk cukai, kira-kira RM8 juta.

Katanya daripada jumlah tersebut 34 kenderaan direkodkan di Terengganu dengan melibatkan cukai kira-kira RM1.7 juta dalam tempoh yang sama dan daerah Kemaman mencatatkan rampasan tertinggi.

“Kebanyakan kereta klon yang dikesan ini dibawa masuk dari Singapura dengan harga yang rendah ditawarkan menyebabkan orang ramai terpengaruh dengan sindiket ini.

“Contohnya harga pasaran sebuah Toyota Wish bernilai RM60,000 namun sindiket ini mampu menawarkan RM15,000 untuk memiliki kereta mewah ini,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Khazali berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor harga yang murah menjadikan ia mendapat permintaan tinggi malah ada di kalangan kakitangan kerajaan turut terpedaya hanya semata-mata mahu memiliki kereta mewah.

“Kami sedang menjalankan risikan dan kajian kenapa kenderaan klon ini banyak dibawa masuk di sekitar Terengganu dan Kelantan…mungkin mereka beranggapan Terengganu ini jauh dari ibu pejabat jadi kawalan tidak ketat seperti negeri lain,” katanya.

Susulan itu, pihaknya akan terus mempertingkat kawalan dan risikan bagi membanteras kegiatan itu terus berleluasa.

Beliau berkata sejak 2014 hingga 2016 kastam Terengganu merampas 94 kereta klon dari Singapura melibatkan cukai RM5.7 juta. – BERNAMA

Tags: Kastamklon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd