KANAK-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sesat dalam hutan di Jepun selepas ditinggalkan oleh keluarganya sebagai hukuman, telah memaafkan bapanya.
Yamato Tanooka, berjaya mengharungi enam malam di dalam hutan sendirian selepas ibu bapanya meninggalkannya di tepi hutan di Pulau Hokkaido pada 28 Mei lalu.
Apabila ibu bapanya kembali semula ke tempat berkenaan beberapa minit kemudian, Yamato sudah pun hilang.
Ketika ditinggalkan, Yamato cuba mengejar kereta bapanya namun dia menjadi keliru dan akhirnya berlari ke arah bertentangan.
Yamato yang takut akan gelap tiada pilihan selain berjalan kaki selama lima jam hinggalah dia menemui sebuah kem tentera yang terbiar.
Dia juga tidak menemui sesiapa pun sepanjang tempoh berkenaan namun dalam hatinya Yamato tahu keluarganya sedang mencarinya.
Dalam bapa itu, bapanya, Takayuki Tanooka telah meminta maaf kepada anaknya itu kerana menyebabkan kehidupannya menjadi sukar sepanjang tempoh enam hari dia berada dalam hutan.
“Anak saya telah memberitahu saya, ‘awak ayah yang baik. Saya maafkan ayah,” katanya.
Yamato telah dibawa ke hospital dengan menggunakan helikopter dan mengalami kesan calar serta dehidrat.
Kanak-kanak itu kini semakin pulih dan menghabiskan masa bersama-sama keluarganya.
Sementara itu, polis telah melaporkan kes berkenaan kepada jabatan kebajikan bagi mengenalpasti sama ada berlaku penganiayaan mental. – Mynewshub.cc

