• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Kayak Didakwa Bantu Pengganas

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Seorang jurulatih kayak dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini di atas pertuduhan membenarkan kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun banknya bagi manfaat pengganas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohamad Jazrin Mohamad Azaha, 22, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T merah dan seluar jeans biru itu didakwa mengendalikan harta pengganas, Muhammad Wandy Mohamed Jedi, 20, dengan cara memberikan perkhidmatan kewangan iaitu membenarkan kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun RHB Banknya.

Mohamad Jazrin melakukan kesalahan itu di alamat nombor 67 dan 69, Jalan Tasik, 31600, Gopeng, pada Jan hingga Feb 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130Q (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana harta terlibat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Azriah berkata tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana kes tertakluk dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahkamah menetapkan 27 Julai depan bagi sebutan semula kes itu untuk mendapatkan izin kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tertuduh merupakan salah seorang 14 individu termasuk seorang wanita disyaki mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daesh ditahan polis dalam operasi pada 18 hingga 20 Mei lepas yang telah diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd