• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jatuhkan Najib: Hadi Akui Ditemui Dr Mahathir

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKINCHAN – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“PAS tidak menentang individu… tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan ‘dedak’ Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?

“Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan PAS berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran…kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi ‘walkabout’ itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak hitam motor secara percuma.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd