• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu GST Kurma Punca Calon Bebas PRK Kuala Kangsar

oleh
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Ibarat gempar sahaja lebih, tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang masuk bertanding sebagai calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Beliau sebelum ini dilaporkan pernah bertanding dalam PRK Pengkalan Kubur pada (2014) dan Chempaka (2015) kedua-duanya di Kelantan dengan misi yang tidak jelas iaitu membangkitkan isu remeh GST terhadap buah kurma.

Bagaimanapun tidak pula diketahui kenapa buah tamar itu yang menjadi sasaran walhal ratusan produk pengguna lain langsung tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak diperkenal pada 1 April 2015 lalu.

Izat Bukhary, 49, juga pernah menjadi calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu di kerusi Pengkalan Kubor namun kalah teruk sekali pun menafikan dirinya ditaja mana-mana pihak berkepentingan untuk ‘memecah’ undi.

Selain itu, bapa kepada tujuh orang anak yang juga merupakan seorang bekas pensyarah berkata, beliau akan ‘turun padang’ dan lebih selesa berjumpa terus dengan penduduk secara individu berbanding kaedah ceramah politik.

Seorang lagi yang disebut-sebut konon bakal bertanding sebagai wakil bebas, ahli UMNO Pandan, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan tidak jadi bertanding untuk PRK Kuala Kangsar, pagi Ahad ini.

“Saya masih belum lagi tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam UMNO yang banyak berjasa kepada saya sendiri, bangsa Melayu dan negara keseluruhannya,” kata beliau yang dipetik oleh pelbagai portal berita tempatan.

“Selepas dengar nasihat beberapa orang lama dalam UMNO supaya tidak meneruskan niat untuk bertanding, maka saya pun membuat keputusan pada saat akhir dengan tidak meneruskan niat menjadi calon bebas,” kata Syed Rosli.

Manakala bekas calon bebas PKR Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohd. Zan turut menarik diri waima sudah tiba di pusat penamaan dengan mengoyakkan borang pencalonan selepas pencadang dan penyokongnya tidak muncul.

Tanpa Abu Backer dan Syed Rosli, PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN ditentang oleh wakil PAS, PAN dan Izat Bukhary sendiri sebagai calon bebas yang sinonim dengan lambang pen.

Manakala PRK Sungai Besar, tiada calon bebas yang bertanding setelah pusat penamaan calon ditutup apabila hanya BN, PAS dan PAN tampil menyerahkan borang pencalonan masing-masing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Kedah Alami Kompilasi Usus Namun Tak Serius

Next Post

The Rock Ingin Jadi Presiden Amerika Syarikat

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

The Rock Ingin Jadi Presiden Amerika Syarikat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd