Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

FAM Sambut Baik Keputusan...

YANGON - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad...

VIDEO: Ini Jadinya Bila...

KEBIASAANNYA, lelaki yang menghadapi masalah tidak dapat mengawal panas baran mudah terdorong untuk...

Suami Romantik Masak Makanan...

China – Seorang wanita yang juga guru di sebuah sekolah menengah, Zhao dinobatkan...

Letupan Mercun: 4 Mangsa...

ALOR SETAR - Empat individu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim...

Indah Ruhaila Selamatkan Budak 2 Tahun Sesat Di JPO

BARU-BARU ini penyanyi Indah Ruhaila telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang sesat di sebuah pusat beli belah.

Mengulas perkara tersebut Indah berkata, ia merupakan tanggungjawab sosial dan yakin sesiapa sahaja akan berbuat demikian jika berada di tempatnya.

“Saya dan keluarga pergi shopping ke Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu dan ternampak seorang kanak-kanak lelaki dalam usia 2 tahun berlari seorang diri tanpa pengawasan.

“Saya berasa tidak sedap hati dan membuat keputusan mengekori kanak-kanak tersebut sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan terpinga-pinga seperti mencari seseorang.

“Saya bertanya kepada kanak-kanak itu yang kelihatan takut mungkin kerana tidak jumpa ibu bapanya. Saya meminta untuk membuat pengumuman tentang kanak-kanak itu tetapi polis tidak memberikan kebenaran kerana khuatir ada pihak tidak berkaitan datang mengambil kanak-kanak tersebut.


“Pihak polis memberi jaminan akan menyerahkan kanak-kanak itu dengan selamat kepada keluarganya, tetapi saya berasa tidak sedap hati dan buat keputusan menunggu di balai sehingga ibu bapanya tiba,” kata Indah kepada mStar Online.

Tambahnya, dia  berasa sebak apabila melihat ibu bapa kanak-kanak tersebut menangis kerana menyangka mereka tidak akan bertemu lagi dengan anak lelaki mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori