• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Dua Anak Curi Pakaian Dalam Dipenjara Dan Denda

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pakaian dalam dan beberapa barang lain serta gagal menunjukkan kad pengenalan diri seorang ibu beranak dua dipenjara sehari dan denda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Shubashini Devi, 28, selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Shubashini didakwa telah mencuri sehelai baju dalam, tiga helai seluar dalam, sebuah beg dan seutas gelang tangan yang bernilai RM539.60 milik AEON Jusco Store, di Wangsa Maju, di sini, pada 7.30 malam, 11 Jun lepas.

Tertuduh yang bekerja sebagai kerani dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara dan juga denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM400 atau 20 hari penjara ke atas ibu tersebut kerana gagal menunjukkan kad pengenalan diri atau sebarang dokumen pengenalan di Perkarangan Balai Polis Wangsa Maju pada pukul 10 malam tarikh yang sama.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut peraturan 25(1)n peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Terdahulu, Shubashini dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dia datang daripada keluarga susah dan mempunyai dua anak yang masih kecil.

Bagaimanapun, Ahmad Zikri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah ditangkap oleh seorang petugas pusat beli belah berkenaan dan didapati wanita itu telah mengambil beberapa barang tanpa membuat sebarang pembayaran. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd