Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Kaji Sama Ada...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membuat keputusan sama ada untuk menyerap Cukai...

Al-Jufferi, Nur Ayuni Dinobat...

KUANTAN - Atlet pencak silat, Mohd Al-Jufferi Jamari dan atlet menembak, Nur Ayuni...

Ahmad Maslan Tak Tanding...

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan...

Video: Kisah Benar Cinta...

MENJALIN hubungan cinta bersama rakan sekerja ternyata merupakan keputusan 'bodoh' yang terbaik pernah...

Hantu Seram Bertarung Di Padang Besbol

PENONTON yang menyaksikan permainan besbol di Jepun terkejut apabila menyaksikan ‘hantu-hantu’ yang menakutkan melangkah ke padang dan memukul bola.

Namun mereka akhirnya dimaklumkan bahawa karakter hantu Sadako dan Kayako daripada filem seram ‘The Grudge’ dan ‘The Ring’ hanyalah persembahan semata-mata.

Ia bagi mempromosikan filem terbaru bertajuk `Sadako vs Kayako’ yang mengisahkan dua hantu terbabit membunuh antara satu sama lain.

Dalam persembahan berkenaan, Kayako turut disertai oleh anak fiksyennya, Toshio yang menghantui mangsa dalam filem Ju On: The Grudge’ yang kemudiannya dihasilkan semula di Amerika pada 2004.

Persembahan itu diadakan sempena perlawanan antara Hokkaido Nippon-Ham Fighters dan Yakult Swallows untuk Liga Besbol Nippon.


Ia merupakan liga profesional paling tinggi di Jepun.

Ternyata persembahan hantu-hantu itu telah menghiburkan penonton sebelum perlawanan bermula. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hantu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori