• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Frost Percaya Chong Wei Sudah Sedia Rangkul Emas Di Rio

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak mustahil untuk Datuk Lee Chong Wei menggenggam emas pada Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil, Ogos ini, sekiranya pemain sandaran negara itu mengekalkan momentum kemenangannya, kata lagenda badminton Denmark, Morten Frost Hansen.

Selaku Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Frost percaya Chong Wei memiliki peluang baik untuk menghadiahkan emas pertama negara Sukan Olimpik di Rio de Janeiro dari 5 hingga 21 Ogos ini.

Sandaran tersebut diperkuatkan selepas pemain berusia 33 tahun itu merangkul gelaran juara kali keenam Terbuka Indonesia semalam dan bakal merampas status pemain nombor satu dunia daripada pemain China, Chen Long, katanya.

Ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan dikeluarkan, Khamis ini. Kali terakhir Chong Wei menduduki ranking utama BWF pada Disember 2014.

Bagaimanapun, ranking dunia beliau merosot selepas menerima penggantungan selama lapan bulan susulan kesalahan doping.

“Sekiranya dapat menakluk siri super Terbuka Australia, minggu ini, saya percaya ia akan menyuntik semangat yang tinggi untuk beliau memperaga aksi terbaiknya di Olimpik Rio,” kata Frost kepada Bernama di sini hari ini.

Seperti yang saya perkatakan banyak kali sebelum ini, Chong Wei mempunyai peluang untuk menang pingat emas di Rio berikutan pencapaiannya dalam setiap kejohanan, kata lagenda Eropah berusia 58 tahun itu.

Ditanya sama ada Chong Wei diberi latihan khas sebelum ke Rio, katanya, beliau akan membincangkan perkara itu dengan jurulatih pemain itu, Hendrawan dan Tey Seu Bock sebelum memutuskan rancangan seterusnya.

Kejayaan pada Terbuka Indonesia merupakan gelaran keempat Chong Wei pada musim ini selepas Malaysia Masters pada Januari lepas, Terbuka Malaysia (April) dan Kejohanan Asia di China pada Mei.

Dalam perkembangan lain, Frost yakin pemain utama perseorangan wanita, Tee Jing Yi akan pulih daripada kecederaan di buku lali kanannya sebelum BAM menamakan senarai akhir pemain ke Rio.

Jing Yi, yang kini berada di ranking ke-29 dunia dan layak secara merit ke temasya sukan berprestij itu, mengalami kecederaan itu semasa final Sirkit Kebangsaan Grand Prix Emas Pertama di Stadium Juara Bukit Kiara, bulan lepas.

Sekiranya gagal pulih daripada kecederaannya, BAM akan menggantikan tempatnya dengan bekas juara dunia remaja 2015, Goh Jin Wei.

“Dia (Jing Yi) hanya mengalami kecederaan ringan dan saya tidak melihatnya sebagai satu masalah untuk dia mendapatkan kembali tahap kecergasannya sebelum kita menamakan senarai pemain ke Rio,” kata Frost.

BWF telah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh akhir penamaan pemain untuk Sukan Olimpik Rio. – BERNAMA

Tags: Morten Frost Hansen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BAM Terima Peletakan Jawatan Morten Frost

19/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peletakan jawatan pengarah teknikal badan induk itu,...

Frost Tolak Khabar Angin V Shem-Wee Kiong Dipisahkan

29/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak khabar angin kononnya gandingan beregu lelaki utama negara, Goh V...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd