Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Jaga-Jaga Gerakan Hapus Melayu

IA sama seperti peristiwa perarakan Cina menunjukkan kuasa setelah menang bersih di Kuala Lumpur...

`Transporter’ Gagal Seludup Masuk...

BUKIT KAYU HITAM: Bertindak selaku `transporter', cubaan seorang lelaki warga Myanmar untuk membawa...

Bomba Tambah 42 Anggota...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan hari ini memperhebat...

Bayi 15 Bulan Pamer...

BAYI ini baru berusia 15 bulan tetapi memiliki keberanian yang menakjubkan malah dia...

Kemalangan: Dua Maut Kereta Bertembung Di Baling

BALING – Seorang lelaki dan penumpang wanita maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling berhadapan R&R Tawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa dikenali Abdul Rahim Zakaria, 32, maut di tempat kejadian manakala penumpangnya dikenali sebagai Shahdiana Kamis, 30, beralamat di Bukit Mertajam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Dalam kemalangan itu, kereta Honda Civic dipandu mangsa dari Kulim ke Baling dipercayai bertembung dengan MPV Nissan Grand Livina dinaiki empat beranak dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu MPV Md Nasir Saidin, 38, cedera ringan, manakala isterinya Noor Harani Hassan, 37, dan dua anak perempuan mereka berusia sembilan dan tujuh tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan MPV berkenaan dari arah bertentangan.


Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat.

“Polis masih menyiasat punca kejadian dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori