• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diabetes Sumbang 65% Kepada Masalah Buah Pinggang

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 65 peratus kepada masalah buah pinggang hingga menyebabkan pesakit perlu menjalani proses mencuci darah atau hemodialisis.

Pengerusi/Pengarah Perubatan Gedung Penawar Sdn. Bhd. yang mengendalikan Pusat Rawatan Hemodialisis Tunku Sarina di sini, Datuk Dr. Mohd Padzil Daros berkata diabetes merupakan penyebab utama kepada kegagalan fungsi buah pinggang selain penyakit darah tinggi dan batu karang.

“90 peratus daripada pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan hemodialisis manakala hanya satu peratus pesakit yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang berikutan jumlah penderma organ yang masih rendah di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 12 pesakit yang menjalankan rawatan di pusat hemodialisis itu di sini hari ini.

Sumbangan berbentuk duit raya dan buah kurma itu disampaikan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Tan Sri Tunku Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dr. Mohd Padzil berkata orang ramai perlu mengamalkan cara pemakanan yang sihat bagi mengelakkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“70 peratus pesakit yang menerima rawatan hemodialisis berumur 40 tahun ke atas dan ada yang masih muda juga turut menerima rawatan akibat penyakit kencing manis yang dihidapi jadi saya berharap orang ramai mula sedar dan dapat menjaga pemakanan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan YSB, Datuk Dr. Cheng Joo An berkata Gedung Penawar Sdn. Bhd. telah diberi mandat untuk mengendalikan Pusat Rawatan Hemodialisis Tunku Sarina sejak tahun 2006.

“Kini, seramai 53 pesakit daripada pelbagai peringkat umur sedang mendapatkan rawatan hemodialisis di sini. Selain itu, kita juga mempunyai 39 pesakit di Pusat Dialisis National Kidney Foundation-YSB yang baharu di Kulim.

“Sekiranya ada pesakit baharu yang ingin mendapatkan rawatan di pusat hemodialisis ini, mereka boleh mengisi borang permohonan dan perlu menunggu untuk ditemu duga dahulu,” katanya.

Jaafar Abu Bakar, 57, yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat itu sejak empat bulan lalu berkata dia mula dikesan menghidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu sebelum disaran oleh pihak hospital untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

“Masa muda saya gemar minum minuman berkarbonat yang ditambah dengan susu pekat dan setiap hari saya akan minum kira-kira tiga tin minuman tersebut. Namun setelah disahkan menghidap penyakit kencing manis perasaan kesal itu sudah tidak berguna lagi.

“Sekarang saya perlu menjalani proses mencuci darah tiga kali seminggu dan setiap cucian memakan masa kira-kira empat jam. Selepas mendapatkan rawatan, saya berasa lebih sihat berbanding sebelum ini dengan saya kerap berasa letih dan pitam,” kata bapa kepada empat orang anak berumur antara 18 hingga 33 tahun. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Poster ‘Rasis’ Kempen Palang Merah AS Ditarik Balik

Next Post

Sebuah Gudang Baja Pertanian Musnah Dalam Kebakaran

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

Next Post

Sebuah Gudang Baja Pertanian Musnah Dalam Kebakaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd