Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pembantu Bengkel Diberkas, Bakar...

KUALA LANGAT - Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai...

VIDEO: Alamak.. Spiderman Pengsan...

DALAM sekuel filem, aksi Spiderman sememangnya sangat lasak dan hebat dengan lompatan dari...

Bilik Hotel Bertemakan Filem...

PASTINYA perkhabaran ini menggembirakan peminat setia filem Harry Potter karya J.K Rowling.Ini kerana...

Kes Anak Dihina: Black...

PENYANYI Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 28, akhirnya membuat laporan polis...

Datuk Bandar London Haramkan Iklan ‘Badan Sempurna’

DATUK Bandar London, Sadiq Khan telah mengharamkan penayangan iklan ‘bentuk badan sempurna’ di mana-mana badan pengangkutan awam bermula bulan hadapan.

Peraturan baharu itu bakal melibatkan sebanyak 12,000 iklan yang terpapar di pengangkutan awam seperti bus, tram dan keretapi yang dikendalikan oleh Badan Pengangkutan London (TfL).

sadiq
Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

“Mulai bulan depan, TfL tidak akan membenarkan mana-mana iklan menyampaikan maksud bentuk ‘badan sempurna’ yang dipercayai boleh menimbulkan masalah kurang keyakinan diri terutama sekali di kalangan anak muda daripada ditayangkan,” kata Sadiq memetik kenyataan rasminya.

Sadiq berkata tindakan ini diambil berdasarkan kepada pengalaman peribadinya sendiri.

“Sebagai bapa kepada dua anak gadis yang meningkat remaja, hal ini sangat penting buat saya kerana iklan sebegitu boleh menurunkan tahap keyakinan terutama terhadap kaum wanita, yang membuatkan mereka berasa malu dengan badan sendiri. Sekarang sudah sampai masa untuk menghapuskan iklan berbaur sedemikian.


“Tidak ada sesiapa yang seharusnya berasa tertekan mengenai isu ini dan saya ingin menyampaikan mesej yang jelas (iklan ‘badan sempurna’) kepada industri pengiklanan mengenai perkara berkenaan,” katanya.

Sebuah iklan produk pelangsingan, Protein World yang memaparkan imej wanita kurus berbikini dengan tagline ‘Are you beach body ready?” telah mencetuskan kekecohan di kalangan masyarakat kota itu ketika ia ditayangkan di stesen kereta api sejak tahun lalu.

Syarikat itu mendakwa disebabkan iklan ‘provokatif’ tersebut, mereka pernah menerima ancaman bom selain dikritik netizen di laman-laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori