• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti 30 Hari Tempoh Yang ‘Memeritkan’ – Nazir Razak

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata cuti secara sukarela selama 30 hari bermula 19 April merupakan satu tempoh yang ‘memeritkan’ dan bukanlah waktu menyenangkan.

Susulan laporan Wall Street Journal pada 31 Mac bahawa Nazir telah mengendalikan US$7 juta bagi pihak abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, CIMB Bank perlu menyiasat hingga ke akar umbi.

“Lembaga Pengarah bank perlu memutuskan sama ada saya telah melakukan kesalahan dan sama ada mereka masih mahukan saya sebagai pengerusi.

“Saya berpendapat bagi mereka melakukannya dengan betul, saya perlu berundur,” kata beliau dalam rancangan terbitan Astro Awani, ‘Obviously Harith Iskander’ malam tadi.

Setelah beliau bercuti, bank melantik firma audit luar, Messrs Ernst & Young untuk membantu dalam semakan yang akhirnya mendapati Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada ketika itu atau wujud sebarang bukti bahawa sumber-sumber bank itu diselewengkan.

Pada 18 Mei, CIMB Bank mengeluarkan kenyataan bahawa semakan itu turut mengenal pasti beberapa kelemahan yang disusuli arahan Lembaga Pengarah supaya pihak pengurusan melakukan usaha penambahbaikan dengan segera.

Selain bertujuan mengukuhkan peraturan dalaman dan proses berkaitan bagi mengelak kejadian itu berulang, langkah itu juga dilakukan demi kemajuan masa depan kumpulan CIMB.

“Saya sudah berada dalam perniagaan selama 25 tahun, termasuk 15 tahun sebagai ketua eksekutif… dan sepanjang tempoh itu, saya terpaksa membuat keputusan segera. Saya berharap sebahagian daripadanya adalah baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazir Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nazir Akan Temui SPRM Selesai Isu Dana 1MDB

09/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, beliau akan bertemu dengan pihak Suruhanjaya Anti Rasuah...

80 Entiti, Individu Penerima Dana 1MDB Dikompaun

07/10/2019
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 80 entiti dan individu telah disenaraikan sebagai penerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM420 juta akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd