Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

PRU15: Mimi Yakin BN...

KUALA KRAU: Menjelang hari pengundian esok, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri...

Selar Kenyataan Biadab Kit...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan pemimpin DAP Lim...

Zlatan Sedia Bersama United...

ZLATAN Ibrahimovic bersedia untuk kembali ke Manchester United dalam masa 24 jam. Penyerang itu...

Aksem Kedah Rampas Rokok...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas pelbagai jenis rokok...

Chile Juara Copa America, Tewaskan Argentina

EAST RUTHERFORD (Amerika Syarikat) – Penyandang juara, Chile mengejutkan Argentina untuk menjuarai Copa America Centenario menerusi penentuan penalti 4-2 ketika sumpahan terhadap Lionel Messi berpanjangan.

Messi yang juga kapten Argentina pasti paling kecewa apabila sepakan penaltinya melepasi palang sebelum Lucas Biglia turut gagal menyempurnakan sepakannya yang memberi laluan mudah buat Chile pada aksi di Stadium MetLife, Amerika Syarikat (AS) itu.

Keputusan itu bagaikan ulangan sempurna pertembungan final Copa America tahun lalu yang turut dimenangi Chile menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat tanpa jaringan.

Bagi Argentina, kegagalan di AS itu lebih mengecewakan kerana mereka terpaksa menelan kekalahan ketiga berturut-turut di pentas final kejohanan utama. Selain Copa America di Chile tahun lalu, mereka juga tewas 0-1 kepada Jerman pada final Piala Dunia 2014 di Brazil.

Kekalahan turut menyaksikan kemarau 23 tahun Argentina untuk menjulang trofi utama berpanjangan dan duka kepada pemain terbaik dunia lima kali, Messi berterusan.

Pertembungan penalti terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta jaringan selama 120 minit aksi di atas padang.


Pada perlawanan yang menemukan pasukan di ranking teratas dunia itu, kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain berakhir babak pertama bermula dengan kad kuning kedua kepada pemain Chile, Marcelo Diaz pada minit ke-29.

Kelebihan itu begitupun gagal dimanfaatkan Argentina sebelum mereka juga terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain Manchester United, Marcos Rojo dilayangkan kad merah pada minit ke-43 kerana mengasari Arturo Vidal.

Sebanyak tujuh kad kuning turut dilayang pengadil pada perlawanan penuh panas itu dan disebalik peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol, kedua-duanya terus buntu untuk memecah kebuntuan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori