• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Galakan Pelancongan Di Langkawi Mulai 1 Julai

oleh Ahmad Albab
20/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Mulai 1 Julai ini, kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan ini.

Exco Pelancongan Kedah Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata caj yang dikenali Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP).

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata bayaran seperti ini bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan ia dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri itu.

“Ia sudahpun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lepas. Ia juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 600 golongan kurang berkemampuan di Ayer Hangat di sini semalam.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata kadar bayaran yang dikenakan di bawah sistem kutipan ini juga amatlah rendah kalau dibandingkan dengan kemampuan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Mohd Rawi berkata di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang.

Caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang.

Menurutnya Kedah sehingga kini masih banyak bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk memajukan sektor pelancongannya dan langkah mengenakan caj ini dapat mengurangkan kebergantungan tersebut.

“Kalau kami dapat jumlah kutipan yang memuaskan (melalui pelaksanaan bayaran penggalakan pelancongan ini), kami boleh laksanakan lebih banyak lagi program yang ada kaitan dengan pembangunan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan caj bayaran ini di Langkawi Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke tempat-tempat lain di Kedah.

“Jumlah (kadar bayaran) yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak (mengenakan) caj (pelancongan ini), saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan (untuk memajukan sektor pelancongan Kedah),” katanya. – BERNAMA

Tags: LangkawiPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd