• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Rakan, Tersenarai 10 Individu Dikehendaki FBI

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shanika Minor, 24, menjadi satu-satunya wanita yang berada dalam senarai 10 individu paling dikehendaki oleh FBI selepas dia menembak seorang wanita yang mengandung kerana bermain muzik dengan kuat pada waktu malam di rumahnya di Milwaukee, Amerika Syarikat.

FBI kini menawarkan $100,000 sebagai ganjaran bagi sesiapa yang dapat membantu agensi berkenaan untuk menangkap Shanika, yang melarikan diri selepas membunuh Tamecca Perry, 23 tahun

Ketika kejadian, Perry, yang juga bekas rakan sekolah tinggi Shanika, sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak dalam masa beberapa minggu.

Menurut pihak berkuasa, pada malam kejadian, ibu Shanika telah mengadu kepadanya bahawa Perry telah menganggunya dengan memainkan muzik dengan kuat.

Selepas mendengar keluhan ibunya itu, Shanika menjadi berang dan menyifatkan Perry sebagai tidak menghormati dia dan ibunya lalu Shanika bersemuka dengan mangsa sambil menembak pistol ke udara sebagai amaran sebelum beredar dari situ.

Jiran-jiran menyangka pergaduhan itu telah berakhir namun tanpa mereka sangka Shanika telah kembali semula ke rumah Perry dan kemudian menembak mangsa di bahagian dada.

Perry dan bayi kandungannya meninggal dunia di hadapan dua lagi anaknya sementara Shanika melarikan diri, dipercayai bersembunyi di beberapa kawasan dengan bantuan kawan-kawannya.

“Dia telah membunuh seseorang yang bukan asing kepadanya dan ini adalah jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Kita percaya dia boleh melakukan lagi keganasan dan kita perlu menangkapnya sebelum dia mencederakan orang lain,’’ kata jurucakap FBI.

Tags: FBIkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

Apakah Itu Pengarah FBI, Kash Patel Yang Beriya Menari Bollywood?

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub   WASHINGTON – Sebuah kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Handala Hack Team mendakwa berjaya menceroboh akaun emel peribadi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd