Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Satu Lagi Kes Difteria...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes difteria dilaporkan di Kedah, menjadikan jumlah keseluruhan...

Penipuan Dalam Talian Naik...

BACHOK: Kemeterian Komunikasi dan Digital mendedahkan penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus...

Pakaian Dalam Wanita ‘Seksi’...

ENTAH apa yang menyebabkan sebuah syarikat pakaian dalam di luar negara ini terfikir...

Banjir: FAMA Edar 1,506...

PUTRAJAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengedarkan sebanyak 1,506 kit makanan permulaan...

Buli Junior UiTM ‘Batch Ferrari’ Trending Di Twitter

BUDAYA buli di sekolah mahu pun pusat pengajian tinggi bukanlah satu isu baharu malah di sesetengah IPT bagaikan sudah jadi satu kemestian buat para senior melakukan perbuatan buli bagi ‘menyambut’ kedatangan pelajar baharu.

Bagaimana pun sudah agak lama juga budaya buli atau ‘ragging’ tidak didengari hinggalah baru-baru ini, apabila seorang pengguna Twitter berkicau tentangnya sekali gus menjadi viral dalam beberapa hari lalu.

Dalam tweet Pwincess mendakwa, sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana dikenali sebagai ‘Batch Ferrari’ telah  ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.

twitt1

twitt2

Demi tugasan berkenaan mereka dikatakan perlu memakai tag nama besar bersaiz kertas A4 sepanjang masa termasuk ke kelas dan kedai makan sepanjang tempoh orientasi.

Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.

Tidak bersetuju dengan hal berkenaan, pelajar junior ini kemudian ‘mengadu’ dengan memuat naik perkara itu di Internet.

Rata-rata netizen memberi respon bahawa budaya buli seperti itu adalah ketinggalan zaman dan selayaknya hanya dilakukan ketika zaman persekolahan sahaja.

twitt3


twitt6

Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakan senior itu kerana dikatakan dapat membentuk sahsiah diri pelajar junior agar menjadi seorang yang berdisplin dan tidak terlalu ‘manja’.

twitt4

twitt7

 twitt5

Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan Tinggi mengkaji bagaimana caranya untuk menghapuskan budaya buli agar masalah ini tidak menjadi ‘nanah’ di kemudian hari.

Bagi yang setuju.. apa hujah anda? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori