Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pintu Tak Rapat Paksa...

SEOUL - Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Busan, Korea Selatan dengan membawa...

Buka Baju Tak Puas...

SEORANG wanita telah melondehkan baju dan seluar yang dipakainya di lobi hospital kerana...

Ladang Ternakan Punca Pencemaran...

DENGKIL - Ladang ternakan angsa dan itik serta kawasan perindustrian di Negeri Sembilan...

Kempen Pensonic Tawar Hadiah...

PELUANG besar bagi rakyat Malaysia untuk rebut hadiah yang bakal diberikan pengeluar elektronik...

Budiman Saran Silibus PDK Dikaji Semula

SUNGAI BESAR – Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi menyarankan agar silibus latihan dan kemahiran yang diajar kepada pelatih menerusi program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dikaji semula bagi memberi penekanan kepada kemahiran bekerja atau menjalankan perniagaan dari rumah.

Katanya ini bagi membolehkan para pelatih di bawah program berkenaan lebih memajukan diri mereka selain menambah pendapatan keluarga.

Katanya, kemahiran-kemahiran seperti melipat sampul surat, dan kemahiran lain yang tidak membahayakan boleh memberikan pendapatan kepada pelatih ini dan membolehkan mereka beroperasi dari rumah sahaja.

“Perkara yang merisaukan saya adalah masa hadapan anak-anak yang berada dalam PDK ini sebab mereka seharusnya tidak tertakluk kepada silibus yang sedia ada, untuk memajukan diri mereka,” katanya selepas program ‘Jom Shopping Raya’ anjuran Badan Amal Bakti dan Kasih Selangor, di sini hari ini.

Adun Pasir Panjang itu turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM7,000 untuk tujuh pusat PDK dalam kawasan itu bagi membolehkan mereka menjalankan program termasuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk komuniti PDK masing-masing.

“Komuniti PDK di sini bukan sesuatu yang asing bagi saya, kerana sebelum ini jika berkesempatan saya sentiasa berkunjung ke PDK-PDK yang ada di sini,” katanya.


Program PDK yang dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Antara objektif PDK termasuk menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU) dan mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Pada program ‘Jom Shopping Raya’ itu, 57 pelatih dari tujuh PDK Sungai Besar menerima sumbangan baju raya dan makanan sumbangan Badan Amal Bakti dan Kasih Selangor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori