• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 5 Tahun Tersekat Kepala Pada Paip Penyambung

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGI kes melibatkan kanak-kanak di China tersangkut. Kali ini kepala seorang budak berusia lima tahun tersekat kepalanya pada paip penyambung berbentuk ‘L’ di wilayah Zhejiang pada Selasa lalu.

Menurut sebuah portal China, kejadian itu berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak malang itu sibuk melayan pelanggan mereka di dalam kedai.

Kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan paip berbentuk ‘L’ sebelum bertindak memasukkan kepalanya, malang menimpa budak lelaki itu apabila dia tidak dapat mengeluarkannya.

Budak 5 Tahun Tersekat Kepala Pada Paip Penyambung

Jelas portal itu lagi, kanak-kanak itu hanya mampu menangis dan merengek perlahan sebelum disedari oleh orang tuanya.

Namun insiden malang itu hanya disedari ibu bapa kanak-kanak itu 30 minit kemudian. Mereka yang terkejut dengan kejadian itu segera menelefon polis.

Tambah malang lagi, anggota polis yang dihubungi tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan kanak-kanak itu seolah-olah sedang ‘nazak’ dan menyerahkannya kepada pihak anggota bomba.

Budak 5 Tahun Tersekat Kepala Pada Paip Penyambung

Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kepala kanak-kanak malang itu menggunakan beberapa peralatan khas.

Terdahulu, kejadian seumpama itu turut berlaku tetapi melibatkan seorang lelaki dewasa tersangkut kepalanya dalam mesin basuh ketika cuba untuk membaikinya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakanak-kanakPAIPTERSANGKUT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.