• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Tamat Operasi Pembersihan Merkuri

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Penghuni sebuah rumah di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini yang terpaksa dikosongkan semula pada Rabu lalu, selepas kadar bacaan cecair merkuri masih tinggi, dibenarkan pulang hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Abdul Wahad Mat Hashim berkata pihaknya telah melakukan operasi pembersihan bermula 8 pagi tadi, dengan menggunakan serbuk sulfur dan cecair peluntur bagi memastikan rumah itu selamat dihuni semula.

“Operasi pembersihan itu tamat pukul 4 petang dan pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mendapati rumah berkenaan bebas daripada cecair merkuri serta bacaan bahan kimia tersebut juga telah turun.

“Berikutan itu, kami menamatkan operasi pembersihan dan penghuni rumah berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah mereka hari ini.

“Penduduk di situ juga tidak perlu bimbang kerana kawasan dan rumah telah bersih sepenuhnya serta tiada lagi kesan cecair merkuri,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Rabu lepas, sebuah rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak mereka itu, terpaksa dikosongkan semula selepas Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) yang melakukan pemeriksaan mendapati kediaman itu masih dicemari merkuri, selepas didapati kadar bacaan cecair kimia itu masih tinggi.

Pencemaran merkuri menerusi hiduan wap merkuri atau dengan memakan makanan yang dicemari merkuri, boleh menjejaskan fungsi otak.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan Hasnah Hassan, 56, berterima kasih kepada semua pihak terutama kepada bomba dan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana telah membersihkan rumahnya daripada bahan kimia berkenaan.

Katanya beliau sekeluarga bersyukur dan lega kerana dapat kembali ke rumahnya itu menjelang sambutan Ramadan pada Isnin ini.

“Alhamdulilah semuanya sudah selamat, mak cik lega kerana rumah kami telah bersih daripada cecair merkuri itu. Bila balik rumah sendiri lebih selesa terutama hendak puasa minggu depan. Lagipun takkan nak tumpang rumah saudara lama-lama,” katanya.

Anaknya, Hishamudin Ahmad, 14, mengaku serik dengan apa yang berlaku kepada keluarganya serta jiran-jiran di kawasan itu dan berkata tidak akan mengulangi perkara berkenaan pada masa hadapan.

“Mula-mula memang teruja dan seronok dapat bawa balik dan main dengan cecair itu tetapi selepas mengetahui ia berbahaya … serta tengok apa yang berlaku ini, saya serik dan janji tidak akan membawa balik apa-apa yang pelik ke rumah lagi selepas ini,” katanya.

Dalam kejadian petang 28 Mei lalu, seramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri.

Terdahulu pada 26 Mei, seramai 56 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam dikuarantin selepas berlaku tumpahan merkuri di kelas mereka. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd