• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perak Tak Upah Paraglider Semasa Penamaan Calon

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa bendera parti itu semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Ahad lepas, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pihaknya langsung tidak tahu menahu mengenai paraglider berkenaan.

“Kita tidak tahu apa-apa mengenainya dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera PRK Kuala Kangsar di sini hari ini.

Semalam, jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata hasil siasatan awal mendapati paraglider berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Mengulas mengenai mesyuarat pada hari ini, Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata ia dibuat bagi menyelaras semua program-program yang telah diatur sepanjang kempen.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ia bakal menyasikan pertembungan empat penjuru BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar. – BERNAMA

Tags: Paraglider
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Hina Kerabat Johor Dihukum Penjara Setahun

Next Post

Seat Kosong Banyak.. Atas Riba Juga Dia Nak Duduk!

Related Posts

Enjin Alami Masalah, Paraglider Maut Terjatuh Sungai

13/10/2018
0

ALOR SETAR - Seorang paraglider maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Muda apabila enjin paraglidingnya mengalami masalah ketika aktiviti tersebut...

Operasi Kesan Paraglider Hilang Dihentikan

17/12/2016
0

MARANG - Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, di sini, Khamis lalu dihentikan...

Next Post

Seat Kosong Banyak.. Atas Riba Juga Dia Nak Duduk!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd