• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beruk Jantan Gigit Kanak-Kanak Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Beruk jantan yang menggigit seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Paya Mengkuang, Pendang pada Ahad lalu ditembak mati pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah, Mohamad Hafid Rohani berkata beruk dari spesies ‘Macaca Nemestrina’ itu yang berusia tiga tahun ditembak hasil bantuan penduduk kampung berkenaan.

“Semalam tindakan untuk menembak beruk berkenaan telah dilakukan oleh pihak perhilitan bersama penduduk kampung, namun beruk berkenaan yang menghilangkan diri selepas kejadian itu gagal dikesan.

“Namun kira-kira pukul 11 pagi tadi, kita berjaya mengesan beruk terbabit dan menembaknya,” katanya.

Beruk itu dikatakan menyerang dan menggigit Nur Syahadatul Fatehah Mohd Shahbudin, 6 tahun, yang ketika itu sedang bermain dengan sepupu dan beberapa rakannya.

Gigitan beruk itu sehingga menampakkan tulang betis kanak-kanak berkenaan.

Mohamad Hafid berkata haiwan berkenaan dipercayai dipelihara seorang penduduk dan ketika kejadian, ia dipercayai terlepas dari ikatannya.

Pemilik beruk berkenaan sedang dikesan, katanya.

Beliau berkata tindakan menembak mati beruk berkenaan dirujuk kepada Seksyen 55(1) dan Seksyen 55(3) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716), yang memperuntukkan orang ramai boleh mengambil tindakan sendiri dengan menangkap atau menembak mati beruk. – BERNAMA

Tags: Berukkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd