• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berakhirnya Kuil Harimau Di Thailand

oleh AK-47
06/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK berkuasa hidupan liar Thailand mula mengeluarkan sebahagian daripada 137 harimau di sebuah kuil Buddha susulan tuduhan sami di situ terbabit dalam pembiakan haram dan penyeludupan haiwan.

Portal Aljazeera melaporkan, Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP) bertegas mahu menyelamatkan lebih banyak harimau dari kuil yang terletak di daerah Kanchanaburi, sebelah barat Bangkok itu.

Difahamkan, kuil yang dibina pada 1994 itu pada mulanya hanya mempunyai seekor harimau setelah dihadiahkan oleh penduduk pada 1999.

Menjelang 2001, tujuh ekor harimau lagi telah ditambah sehinggalah 2016, kuil itu menyimpan hampir 150 ekor harimau yang dijadikan bahan tarikan untuk disentuh dan diambil gambar oleh pengunjung.

Walaupun dipromosi sebagai tempat ‘suci’, kuil itu sudah lama disiasat pihak berkuasa kerana disyaki ada kaitan dengan sindiket penyeludupan dan penganiayaan haiwan liar.

rrrrrrrrrr

kuil3
Pengunjung pada tahun 2015 bergambar dengan harimau jinak di kuil berkenaan.
kuil2
Tanya, petugas sukarela di kuil berkenaan sejak 2010.

rrrrrrrr

rrrrr

rrr

rr

rrrrrrr

rrrr

r

Aktivis hidupan liar selama ini mendakwa kumpulan sami di kuil itu membiakkan harimau secara haram, manakala sesetengah pengunjung mendakwa semua mamalia itu seperti sengaja diberi makan dadah untuk menenangkannya. Namun pihak kuil tegas menafikan.

Thailand dikenal pasti sebagai hab sindiket penyeludupan pelbagai jenis haiwan liar dan eksotik untuk memenuhi permintaan pasaran gelap dunia.

Walaupun terdapat undang-undang perlindungan berkaitan haiwan liar di Thailand, kumpulan aktivis mendakwa penguatkuasaannya sangat lemah. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Aljazeera

Tags: harimauseludupThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd