Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Untuk Lawatan...

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pagi ini untuk menghadiri...

MP Lapor SPRM Isu...

ANGGOTA Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya...

KTMB Larang Pasang Bendera...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menasihatkan parti-parti politik yang bertanding...

Saya Bukan Klon Stacy...

KUALA LUMPUR - Hampir setahun menyepikan diri, kemunculan semula juara Mentor Milenia 2017,...

Bekas Menteri & CEO Maybank Bawa UBER, Ini Sebabnya..

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah mengejutkan lapan pengguna UBER, apabila menjadi salah seorang pemandu syarikat perkhidmatan kereta sewa yang menggunakan aplikasi atas talian tersebut.

Salah seorangnya, Firdaus Fadzil  berkongsikan perkara itu di Facebook miliknya.

“Aku tak perasan dia sebenarnya. So, on the phone to provide my exact location, I addressed him as ‘ABANG’. LoL,” kata Firdaus yang menaiki kereta Abdul Wahid dari Putrajaya ke KL Sentral.

Firdaus mengakui, dia berasa bertuah kerana bukan semua pengguna berpeluang menaiki kenderaan yang dipandu oleh menteri.

Dalam pada itu, kisah sebenar mengapa Abdul Wahid sanggup menjadi pemandu UBER dibuka oleh Pengarah Eksekutif INSKEN Norizan Shariff yang berpeluang berbual dengan Abdul Wahid ketika berbuka puasa dan solat Terawih bersama-sama.


Menurutnya Abdul Wahid memberitahu beliau menjadi pemandu UBER selama tiga hari sebelum berangkat ke tanah suci Makkah kerana mahu memahami denyut nadi rakyat Malaysia.

Abdul Wahid yang juga bekas CEO Kumpulan Maybank dijangka kembali ke sektor korporat setelah perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berakhir 4 Jun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori