• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru 3 Minggu Aznil Raih Lebih RM500,000

oleh AK-47
18/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI artis-artis yang lain, Pengacara No. 1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam dunia perniagaan apabila memilih untuk menjual produk penjagaan muka yang dikenali sebagai Anell.

BACA: Demi Cantik, Aznil Nawawi Berhabis RM4K Sebulan

Namun, apa yang mengejutkan, tidak sampai sebulan dilancarkan, produk yang dijual dengan harga RM199 ini telah habis terjual sebanyak 3,000 unit dan kini memasuki proses pengeluaran kedua.

Pada masa yang sama, Aznil, 54, sendiri akui tidak menyangka ianya begitu laris dengan cepat.

“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai.

“Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” kata Aznil kepada Projek MMO.

Sementara itu, Aznil memberitahu dia turut mendapat feedback yang baik apabila ramai yang memuji produk itu mampu mengubah wajah pengguna menjadi tegang dan lebih mulus.

“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu.

“Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” ujarnya lagi

Produk Anell yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilengkapi dengan sabun pencuci muka, penyegar dan krim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aznil Nawawi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

Aznil Nawawi Kehilangan Seorang Lagi Abang Kandung

18/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Diuji dengan pemergian dua saudara kandung ke rahmahtullah dalam tempoh sebulan adalah hakikat yang amat berat untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd