• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Kemas Disamun 4 Lelaki, Wanita Rugi RM9,000

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Seorang wanita kerugian kira-kira RM9,000 selepas barang kemas yang dipakainya disamun sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal ketika mangsa berada di hadapan rumah jirannya, di Taman Murni, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata antara barang milik mangsa berusia 49 tahun itu, yang dilarikan termasuklah dua bentuk cincin emas, seutas rantai tangan emas dan seutas rantai leher emas.

“Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika mangsa yang berada di hadapan rumah jirannya dihampiri lelaki terbabit dan seorang daripada suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemasnya.

“Semasa mangsa cuba mengelak, dia terjatuh di atas jalan dan suspek menarik barang kemas dipakai mangsa, menyebabkan mangsa cedera ringan di jari kanannya akibat terkena parang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Md Zukir berkata sewaktu kejadian, anak lelaki dan suami mangsa cuba menghampiri untuk membantu mangsa namun diugut suspek sambil membaling pasu bunga, yang kemudiannya melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: barang kemaskes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd